BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 24 Mac 2010

Tips Mengekalkan Jambangan Bunga.

Tanpa kaedah yang betul, jambangan bunga hidup tidak tahan lama.
Kunci kepada pengekalan kesegaran jambangan bunga hidup adalah dengan memastikan air yang digunakan sentiasa bersih dan bahagian batang yang dipotong bebas dari poket udara supaya ia boleh terus menyerap air.
Caranya begini;


• Langkah pertama, beli hanya bunga yang paling segar.

• Pilih jambangan bunga yang masih belum berkembang dengan daun yang berkilat; elakkan kuntuman bunga yang layu atau telah kembang masak.

• Potong batang kuntuman bunga yang baru dibeli lebih kurang 2.5 sm di bawah air yang mengalir. Potong pada sudut 45°. Gunakan pisau tajam atau gunting pemangkas yang sebenar bagi memastikan bahagian batang yang dipotong tidak pecah atau hancur.

• Pilih pasu yang tidak menyesakkan bunga-bunga berkenaan. Isikan dengan 8 cm air yang agak suam. Potongan batang yang terendam air akan mula mereput, sebab itu jangan penuhkan pasu dengan air.

• Buang semua daun yang mungkin boleh jatuh ke dalam air. Daun reput dalam air menggalakkan perkembangan bakteria yang akan melitupi bahagian potongan batang dan mengurangkan kemampuan bunga menyerap air.

• Letakkan jambangan bunga di ruang yang sejuk, tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Juga jangan letak jambangan bunga berdekatan dengan buah-buahan masak kerana gas ethylene yang dibebaskan oleh buahan-buahan berkenaan akan memendekkan umur kesegaran bunga-bunga anda.

• Setiap hari, potong batang kuntuman bunga sepanjang 0.5 sm pada sudut 45° di bawah aliran air dan tukar air di dalam pasu.

0 ulasan: